Siapa Saya ?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Salam perkenalan !

Saya Rosnah Mohamed, boleh juga panggil saya Nurul. Nama mesra di kalangan teman-teman rapat. Nak panggil saya Ros pun ok jer. Tidak menjadi masalah.

Sedikit tentang diri saya…

Saya berasal dari Perak dan kini bermastautin di Negeri Selangor sejak tahun 1997. Saya mempunyai pengalaman bekerja dengan syarikat swasta dan juga menjadi penjawat awam. Mula berjinak-jinak dengan dunia IT sejak zaman belajar sebab saya merupakan pelajar jurusan Sains Komputer dan Teknologi Maklumat.

Itu sejarah ringkas saya bermula sebagai blogger sambilan dan juga peniaga online. Hidup di kota besar kena rajin bekerja untuk menampung kos sara hidup yang tinggi. Semua orang tahu tentang itu… sekadar ber”emosi”… hahahaha

Kerjaya Sambilan Vs. Sepenuh Masa

Alhamdulillah, kini … saya juga merupakan seorang PERUNDING HARTANAH BERDAFTAR secara sah dengan Lembaga Penilai, Pentaksir Dan Ejen Hartanah Malaysia (LPPEH). Sejak menceburi bidang baru ini di akhir tahun 2015, saya rasakan ini antara bidang yang paling saya sukai. Kenapa Hartanah ???

Pada fikiran saya, bidang hartanah adalah suatu bidang yang sangat luas dengan ilmu dan terlalu banyak peluang untuk cemerlang dalam hidup. Alhamdulillah, sehingga kini Allah sentiasa permudahkan saya dalam segala urusan menjual hartanah / membeli hartanah / menyewa yang saya lakukan. Semakin ramai yang dapat saya bantu semakin ramai saya mendapat kawan baru di seluruh pelusok negeri.

Ia semakin menarik minat saya untuk terus aktif dalam dunia ini. Bukan sekadar untuk kepuasan diri saya malah saya dapat membantu orang lain sebagai pemudahcara dalam urusan hartanah, memberikan khidmat nasihat secara PERCUMA dan membantu mereka mencapai impian memiliki rumah idaman.

Harapan Saya… 

Besar harapan saya agar dengan wujudnya penulisan saya yang tidak seberapa di laman ini boleh membantu memberikan manfaat kepada si pembaca…  anda, sahabat-sahabat saya di luar sana dan menjadi platform perkongsian ilmu, penyambung ukhwah, berkongsi maklumat terkini, motivasi untuk anda semua. In shaa Allah…

Segalanya Dengan Izin Allah S.W.T… 

Akhir kata, Syukur alhamdulillah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga, sahabat handai, guru-guru dan semua yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung  dalam memberi tunjuk ajar dan sokongan sehingga tercetus idea untuk berkongsi sebahagian kehidupan saya untuk menjadi panduan sahabat-sahabat di luar sana.

Allahumma Aamiin…

“Sesungguhnya yang baik itu datang dengan izin Allah S.W.T dan yang kurang itu adalah daripada kelemahan diri saya sendiri.

Nurul 

 

 

Nota : Untuk dapatkan perkhidmatan JUAL/BELI/SEWA hartanah – contact 010-7772706